Powered By Blogger

Saturday 29 March 2014

Kejuruteraan Perancis (Pre France 10)

Pre-France 10

Assalammualaikum et Bonjour..

Dah kenapa dan menatang apa pulak "bonjour" tu kan? Sebenarnya Bonjour tu perkataan dari bahasa Perancis yang bermaksud Selamat Pagi atau Hello.Hari ini aku nak berkongsi satu cerita dekat korunk tentang pengalaman aku semasa dekat Kejuruteraan Perancis ni.

Ceritanya bermula macam ni. Alhamdulilah selepas mendapat 'flying colour' result Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) , aku terasa gembira sangat. Unexpected result giler ! Mana tidaknya, dalam seumur hidup aku aku tak pernah pun dapat Straight A, dulu semasa  UPSR dapat 3A 2B je. Lepas tu, kena 'ngadap' PMR alhamdulilah dapat 7A 1B. Macam mana perasaan ambik result SPM semasa tu? aku akan ceritakan part lain okay !

Alhamdulilah, selepas dapat 9A's dalam SPM 2010. Aku tak tahu apa yang perlu aku buat, aku jadi buntu. Nak tanya abang dengan kakak, aku anak sulong. Mak cakap "Taknak pergi belajar luar negara ke?". Aku mcm blurrr je. "Ahh luar negara,macam mustahil je, mcm cantikk jee, macam comelll jee~  ke situ plak dia" .

Mak suruh 'apply' Biasiswa Mara. Aku pun tak cakap banyak, 'apply' je la. Aku godek punye godek, aku nampak kat situ "Kejuteraan Perancis,Kejuruteraan Jerman,Kejuruteraan Russia". Sudah lagi pening nak memilih. Tawakal je la, 'Click' 

Selepas 4 bulan menganggur di rumah..

Pre-France 10

Alhamdulilah, aku telah terpilih dalam KEJURUTERAAN PERANCIS. Batch aku ni batch yang ke 10. Bilangan pelajar yang terdiri seramai 85 orang. Well, differect place now !

To be continued....